Penang again for the 2nd time in 2 weeks

Assalamualaikum.
Dah lama tak tulis apa apa kat blog sebab macam malas pulak. Busy dengan kerja? Busy dengan games? Or busy with someone?

Anyhow, right now im at Penang again. I was here last weekend too with my brother and mom.
Untuk setelkan apartment kat batu ferringi ni je. Sambil jalan2 jugak sikit and makan banyak.
1st trip to Penang lagi best sebab pegi berjalan2 kat fort cornwallis, naik bot pusing pulau, pegi titi krawang and queensbay mall. Sekarang ni lebih banyak stay kat dalam apartment je sebab tunggu uncle plumber ni betul kan sistem paip kat 2 tandas apartment ni. Banyak problem sebab unit lama and takde sape jaga, takde sape duduk macam tu la. Annuar pun dah pakai banyak duit untuk cantikkan balik apartment ni.
Side lamp 2, tv led 32inch, meja tv, meja and kerusi makan, meja tengah, aircon sebijik, water heater 2..bidet 2..habis 3-4 ribu juga la..hopefully semua dah cantik and ada orang duduk for homestay boleh la balik modal ans untung. Cuma yang boleh nampak untuk cantikkan lagi kalau cat dinding..and cantikkan bilik tidur. Tapi tu tak penting sangat sebab sini pemandangan dari tingkat 8 mmg indah. Angin bersepoi sepoi hehehe. Nak makan pun senang sebab jalan kaki 1-2 minit je bole jumpa gerai makan, mcdonald and kfc. Malam2 ada Penang night market sepanjang jalan2 kat depan. Sape2 yang nak datang bercuti ke Penang mmg patut la duk 3 hari 2 malam kat sini. Baru2 ni pun ada buka taman tema Escape. Tak bosan la duk kat sini. Ada je aktiviti nak buat.
Layan gambar sikit

wpid-IMG-20130222-WA0008.jpg