Nak online punya pasal

Selepas lebih kurang 2 minggu akhirnya aku ada masa jugak untuk keluar pegi Klang. Sebelum ni kena stay kat kedai sebab staff yang lama dah berhenti sebab keguguran. Dah elok2 keje 2 bulan, tiba2 keluar darah. Memang nasib tak ada rezeki la, nak buat macam mana. Pegi Klang pun bukannya beli banyak. Tambah stok charger kereta, charger biasa & amik cover nokia lumia 710.

USB wifi adapter dah berbulan pakai tiba2 3-4 hari lepas boleh pulak rosak. Tempat cucuk usb dia dah tercabut. Bukak screw tengok dalam, wiring punya la hampeh. Luar je besar, dalam kosong. Pegi Klang pun sepatutnya nak beli tu jugak la sbb kalau harapkan 3G broadband umobile ni memang lembab gila. Kuota pun dah lepas. Tempat yang biasa jual wifi tu pulak dah takde. Nasib baik la ada lagi 1 tempat. Tu pun mula2 kata dah takde stok. Tgk atas bawah kiri kanan nampak jugak 1 yg tersorok kat bawah cabinet tu. Tu pun tokei tu kata cd rosak. Cd rosak takpe la asalkan benda tu boleh pakai. Tolak kat aku murah RM50. Syukur2.

Pasang macam hampeh. Sebab signal wifi dah low. Cari punya cari kat situ je yang ok. Malas nak ketok dinding. Plaster camtu je la.

Sebelum balik pekena cendol terbaek kat subang perdana ni. Dah lama teringin nak rasa. Time bulan puasa tu tak sempat.

Leave a Reply