Happy First Anniversary!

Setelah hampir usiaku menjangkau 30, ini kali pertama aku dapat menyambut anniversary atau coupleniversary.

Memang sebelum sebelum ni couple tapi tak pernah pun sambut atau lebih tepat tak dapat nak sambut. 16/3/2013 tarikh yang bermulanya semua ini setelah berkenalan hampir 4 bulan. Tak sangka dah genap setahun. Sambutan takde la grand sangat macam candle light dinner ke apa.Kitorang sambut kat Zoo Melaka je..hahaha. Sweet jugak la kan.

First time masuk Zoo Melaka, dengar kata lagi best dari Zoo Negara. Zoo Negara pun tahun bila ntah masuk, langsung tak ingat kalau pernah pergi atau tak. Mula-mula sampai Poli Merlimau dengan perut yang kosong kelaparan, ingat nak pergi bandar dulu makan ke apa. Tapi disebabkan tanak gaduh, pergi jugak la ke Zoo tu…amik masa dalam 30minit. Sampai2 cuaca mendung, elok lagi…tak panas kalau tak silap time tu pukul 1.30. Just in time for the birdshow pukul 2.00. Entertaining la jugak, crowd ramai. Good to know the place is not dead. Actually planning nak pergi A’Famosa but after baca lots of bad reviews, cancel tak jadi pegi.

Part yang best kita pusing the whole Zoo dengan jalan kaki je..hahaha, orang lain naik Tram..Kita dengan hujan2 habis basah baju jalan je. Baru romantik kan..lepas dah habis pusing Zoo kita pergi bandar naik Menara Taming Sari..ada macam2 lagi tapi macam banyak pulak kena tulis..hahaha..sampai sini saja dulu..

image

image

image



Say Something

 

Say something, I’m giving up on you
I’ll be the one, if you want me to
Anywhere I would’ve followed you
Say something, I’m giving up on you



Saying goodbye to 2013

11 days more to end 2013. Masa cepat berlalu. Nak atau tak kita takkan dapat kawal masa.

What have I achieved for the past of this year? Apa yang lain dari tahun2 lepas?

For once..Im more active in selling stuff online. Thanks to Instagram, makin senang nak cari customer and jual barang2 especially Powerbank. Zaman sekarang semua guna smartphones, memang bateri cepat habis. Memang ramai juga yang cari dan gunakan powerbank.

Mula2 jual powerbank yang murah2. Tapi biasa la kalau nama pun murah, tak tahan lama la. Kalau nak yang bagus kena cari yang branded dan mahal sikit la harga dia. Bila dah jual kat online ni, macam2 customer yang jumpa. Macam2 soalan and karenah. Kadang2 tu memang boleh buat stress. Kalau soalan tu memang macam bangang..memang tak dilayan. Especially dari budak2 yg tak lepas SPM. Memang konfirm diorg tak beli. Akaun bank ada ke tak pun tak tau. Buang masa je layan. Hahaha..typical punya orang.

Ada tu ya ya je kata nak bank in esok..lepas dah remind kata jap lagi bank in…lepas tu senyap. Dah biasa sangat dengan orang2 jenis macam tu. Sebab tu la tak layan sangat. Kalau yang betul nak beli bank in dulu baru cerita. Ada lagi 1 jenis tanya pasal barang dah pos ke belum. Tanya sampai 2-3 kali. Padahal baru bank in semalam. Memang sengal.

Itulah kisah jual barang2 online. Bukannya semua dapat jual tapi boleh la cover kos dan untung. Senang nak pos sebab ada Poslaju dekat Kota Damansara. Tutup pun pukul 8.00 malam. Takde la rushing. Tunggu pun tak lama macam kalau pergi kat Pos ofis. Kalau kat Pos ofis memang hampeh. Dekat staf yang poyo lagi menjengkel kan..tambah2 lagi kena tunggu giliran sampai 20-30 orang. Gila servis lembab.

Tahun ni jugak dapat jadi dealer untuk 3 telco. Buzzme, Altel dan FrienDi. Syukur Alhamdulillah. Baru2 ni jugak dapat offer untuk jadi dealer Digi lagi sekali. Harap2 application diapprove. Dulu Digi poyo berlagak sangat sbb tak bagi letak banner Hotlink. Sekarang dgr citer dari salesman kata dah tak macam dulu. Sales jatuh la tu. Hahaha. Amik Digi sebab nak dapatkan simpack dan kad topup je. Insentif tu yang penting. Untuk Altel boleh la tahan sebab dapat simpak free. Yang lagi best sebab nombor2 semua cantek2 vvip. FrienDi pulak biasa2 je…yang hampeh Buzzme tak jual2 lagi..insya allah harap2 tahun depan dapat jual.

Ada lagi nak cerita…tapi bukan pasal kedai atau bisnes. Ni pasal peribadi. Awal tahun ni hatiku telah dicuri. Hahaha…walaupun mula2 macam takde perasaan, tapi lama kelamaan makin berkenan sbb dia pandai layan and caring. Perangai pun sama gila2 mcm aku. Fikiran pun sama…cakap pun kadang keluar perkataan yg sama. Macam ada chemistry..harap2 gitu la. Harap jodoh. Baru2 ni jugak dia dah sambung study kat Melaka. 2 kali dah pegi Melaka untuk jumpa dia. Mula2 pegi sorang, kali ke2 pegi dengan famili. Dapat tidor sehotel pulak tu hahaha..dengan famili la kan. Hope famili dapat terima dia. Amiin.



Welcome to Arsenal FC Mesut Ozil

ozilarsenal

Welcome to Arsenal FC Ozil! A very talented, highly gifted player from Real Madrid finally joins Arsenal! A rare star signing from Arsene Wenger who’s known for signing French players. Happy that he’s gonna play for the gooners but was hoping that Wenger signs more than just another midfielder.

We really need another good striker and defender. Giroud finally answered his critics with all the goals scored. What happens when he’s off-form? Injured? Nak harapkan Wallcot? Hampeh, lari je laju, bukannya boleh dribble pun and tak consistent. Bendtner? Tak payah nak cakap apa2 pun dah tau useless sampai tak ada club yang nak beli dia. Padolski injured 10 minggu, Ox-Chamberlain no experience. So don’t get too carried away la Arsenal fans.

Dapat 1 star player dah happy terloncat loncat. Tah apa apa ntah. So let time decides if 1 star player can carry the club.



Happy Days

Living a happy life again after all the trouble that i had late last year. Thank you for always being there for me and for always supporting me.
You know who you are :-)
Too many memories to write about. Lets just keep them between us. Hehe…



Penang again for the 2nd time in 2 weeks

Assalamualaikum.
Dah lama tak tulis apa apa kat blog sebab macam malas pulak. Busy dengan kerja? Busy dengan games? Or busy with someone?

Anyhow, right now im at Penang again. I was here last weekend too with my brother and mom.
Untuk setelkan apartment kat batu ferringi ni je. Sambil jalan2 jugak sikit and makan banyak.
1st trip to Penang lagi best sebab pegi berjalan2 kat fort cornwallis, naik bot pusing pulau, pegi titi krawang and queensbay mall. Sekarang ni lebih banyak stay kat dalam apartment je sebab tunggu uncle plumber ni betul kan sistem paip kat 2 tandas apartment ni. Banyak problem sebab unit lama and takde sape jaga, takde sape duduk macam tu la. Annuar pun dah pakai banyak duit untuk cantikkan balik apartment ni.
Side lamp 2, tv led 32inch, meja tv, meja and kerusi makan, meja tengah, aircon sebijik, water heater 2..bidet 2..habis 3-4 ribu juga la..hopefully semua dah cantik and ada orang duduk for homestay boleh la balik modal ans untung. Cuma yang boleh nampak untuk cantikkan lagi kalau cat dinding..and cantikkan bilik tidur. Tapi tu tak penting sangat sebab sini pemandangan dari tingkat 8 mmg indah. Angin bersepoi sepoi hehehe. Nak makan pun senang sebab jalan kaki 1-2 minit je bole jumpa gerai makan, mcdonald and kfc. Malam2 ada Penang night market sepanjang jalan2 kat depan. Sape2 yang nak datang bercuti ke Penang mmg patut la duk 3 hari 2 malam kat sini. Baru2 ni pun ada buka taman tema Escape. Tak bosan la duk kat sini. Ada je aktiviti nak buat.
Layan gambar sikit

wpid-IMG-20130222-WA0008.jpg



No mom until the weekend

Almost the end of first month of the year. My mom baru sampai Padang, Indonesia yesterday morning. Bertolak from LCCT, flight pukul 7.30am. Expected to balik Malaysia on Saturday. Kiranya baju kena basuh & lipat sendiri. Makan luar je la macam ni. Bajet nak saving. Memang tak dapat la. Kena jugak makan luar tiap2 hari.

Anyhow, in pursuit of getting better deal for my prepaid business, I found one which is so far better than the previous one I use. Profit margin lebih tinggi and the service tambah modal pun cepat. Lets hope it doesnt go down hill macam yg lepas. Mesin ezeelink tu pun baru tukar sebab ada problem dengan sdcard slot. Esok bangun kena tambah kad lagi n ambil stok Galaxy S3 mini white. Hopefully ada stok. Kena cari duit untuk bayar gaji lagi ni.


Tags:


%d bloggers like this: